Wednesday, November 21, 2012

kecewa

assalamualaikum kaum adam dan hawa. saya ingin menceritakan tentang seorang makhluk allah yg bernama Aiman Mortadza. minta maaf harini tak berapa sihat. mood pun agak kurang. saya tak tahu nak luahkan kat siapa selain mengharapkan blog saya. hati saya amat pedih ,terluka. kerana dia. selama saya bersama dia selama setahun 5 bulan saya amat menyangi dia lebih dari diri saya walaupun dalam masa yang agak singkat. tak tahu lah selama ni dia perasan ataupun tak. tapi harini saya dah tahu apa jawapannya. iaitu tak. sebabnya dia tidak dapat menghargai diri saya dengan cara yang betul. dia menghargai dgn cara mempermainkan saya dan LAKONAN semata2. sekadar untuk peneman hidup yang kosong dan tidak mempunyai apa2 erti. subhanallah Allah yang maha besar sahaja tahu perasaan hambanya. saya bukan buat cerita semata2. kerana saya nampak dengan mata kepala saya sendiri apa yang dia telah lakukan. semalam 20/11/2012 saya melayari facebook dia. saya jarang membuka acc facebook dia sebabnya saya terlalu mempercayai dia. semalampun hati saya terdetik untuk membuka acc facebook dia kerana kita mempunyai masalah pasal kawan si dia. saya mahu melihat bukti yang ada. kerana saya tidak mendengar cerita apa2 selian dari mulut dia. mungkin sbb terlalu banyak dia menipu saya Allah nak tunjukkan kebenaran kepada saya kerana itu juga lah saya dapat tahu dimana kesilapan saya yang lemah ,terlalu mempercayai orang dan kesalah besar yang dia telah lakukan kepada saya. apabila saya melayari facebook dia ,saya dapati im dia bersama orang yang saya mengangap sahabat saya. ya'allah saya tak mampu nak menghabiskan cerita ni. terlalu sakitnya hati bila mengingatinya. sahabat saya dan dia memperburukkan saya. ayat dia sangat kejam ,kejam sangat. dia kata saya bodoh ,jahil ,luaran cantik dalaman hancur. subhanallah dosa apa yang dia telah lakukan. depan saya ,saya boleh dikatakan bidadari datang menerangi hidup saya. tapi sebaliknya. apa yang saya sangka selama ni semua semata2 sahaja. saya tahu hidup tak semudah apa yang kita jangka. saya ingat kata kata dia. saya terlalu leka dengan dunia. tapi sekarang saya sedar. saya cuba untuk memperbaiki kesalahan saya. saya tahu saya tidak cukup didikan agama. banyak saya tidak tahu ,saya mengaku. tapi saya terfikir mcm mana pul dengan orang yg bersekolah agama ,dan mempelajari bidang asas islam. berkelukuan seperti ini ? sahabat saya. malas saya nak cerita panjang  saya cukup kecewa dengan sahabat saya. kecewa sgt dengan korang. kenapa sanggup salahkan mak saya. ya'allah. apakah dugaan yang kau berikan kepadaku. saya seorang insan yang lemah. saya takut pada kejahatan yang akan menimpa saya  tapi sekarang saya lebih sedar bahawa allah akan menentukan semuanya jadi lepas ini saya akan meminta pertolongan dari Allah swt. ya dunia berputar. mungkin ini juga lah balasan yang saya terima dari Allah dengan apa yang saya telah lakukan sebelum2 ini dengan mempermainkan perasaan ramai lelaki.

Ya'allah berikanlah aku hidayah daripadamu ya'allah. juga sahabat2 aku yang disayangi. amin..

Friday, November 16, 2012

aiman♡

setiap kali pergaduhan berlaku akan mengeluarkan perkataan ''sayang'' dan hanya mampu menitiskan air mata.

Thursday, November 15, 2012

akhirnya

haluuu guys.. semalam 15/11/2012 tarikh saya putus dgn dia. hmm apo nak jadi tak tahu lah. tak ingat kut orang tak suka berceramah ni. sekali dia ceramah. haaa amek kauu.. aku tak cakap apa dah. kau puas dgn ceramah kau ,aku pulak puas hati dgn keputusan aku sendiri. lagi kejap lah kau buat aku makin benci sama luu.. btw ,harini aku kembali lah perangai aku yg dulu dulu... sekiannn... trimas. ttata ♡

Sunday, October 14, 2012

sedih yang amat

subhanallah.. ya'allah ampunkan kata2 aku tadi.

assalamualaikum.. okay , ni yg paling paling saya tak suka , salah faham antara kawan. kawan saya ni nasihat suruh pakai tudung , saya dengar malahan saya selalu ingat kata2 dia. tapi dia terlalu kerap nasihatkan saya sampaikan kat facebook brapa byk dah wallpost dari dia ,dia tag nama saya orang lain boleh baca kan ?? nak nasihatkan tk perlu bagi org tahu kay jadi dh mmg selalu dia nasihatkan, saya naik runsing. saya taklah kata depan2 saya runsing atau saya menyampah atau apa2 jelah. manusia jenis apa tu kan ? saya cuma update status kat 'facebook' je saya post (tu bukan nasihat dah tu memaksa namanya). tak tahu lah dia terasa atau apa , then ternampak lah pulak dkt wall dia kalau

(kalau awak tak tahu erti PERSAHABATAN, jgn pernah awak panggil saya SAHABAT.)

lepas tu ada lah pulak budak ni sebuk2 pasal saya dgn kawan saya ni , kalau boleh tolong jgn masuk campur hal orang kay. pleaseee ! tambah lagi perli2 saya , kalau awak tu dah bagus sgt tkpe. saya tahu saya perempuan yg pendiam , pemalu , pengecut. korang ada hati jadi tolong lah faham hati org lain mcm mana. byk benda saya cuba tahan dari dulu. now apa lagi ?? sejak saya masuk skolah tu saya kena buli.. ya'allah ya'tuhanku kalau aku berperangai kasar , tegas lebih menyenangkan hidup ni maka tunjukkanlah kepadaku.

Saturday, October 13, 2012

kecewa

assalamualaikum.. harini agak sedih lah , tak tahu lah luahkan dekat siapa , aiman pun sekolah. dia sekolah hari ahad sbb duduk kedah lah katakan. hmm.. sambung pasal saya. okay , kalau koranglahkan ,kawan yang betul2 rapat dengan korang selalu ajak korang 'hangout' semua , sekali suatu harini diorg tiba2 senyapppp je.. then korang ternampak gambar 'bff' korang ni hangout ramai2. tak ajak korangpun. hmm , pasal ni lah saya badmood , myb ada sesetengah orang okay lah kot. tapi saya tak macam tu. haaa... teringat pulak , hujung tahun ni kitorang dah rancang nak pergi kl-kajang-melaka-johor lepas habis sekolah nty. tapiii tulah , sekarang mcm takde smangat dah nak pergi. kecewa seyh ! 

takpe lah.. tunggu dan lihat jelah apa yg jadi nty.

assalamualaikum.... :')


 

Friday, October 12, 2012

Bersambung...

Hoho.. hello !! 

k , maafkan saya. Wayar putus tadi. hehe ,saya nak bagi tahu saya dah sembuh dari demam , tapi sikit je kot. heee , org kata kalau dah sembuh mesti ckp apa ?? alhamdulillah... :)

Tapikannn.. Babyboo saya pulak yg demam , sobsobb sodeh sodehhh ! :'(. Mcm mana lah dia skarang. Haa ! panjang umur dia call lah. hehe.

bersambung...


Thursday, October 11, 2012

Dia

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Bermulanya harini 12/10/2012 iaitu bersamaan dengan 26 Qaidah. Saya ingin berkongsi cerita tentang seseorang yg telah mencuri jauh kedalam hati saya. Dia bukan superhero , duperhero , superduperhero , superman , batman atau sebagainya. Dia cuma seorang manusia biasa yg lemah ,dengan ini saya ingin menceritakan kisah kami berdua. 

 

Sebelum saya memulakan cerita ini ,saya ingin menyampaikan bahawa saya (aida syamimi binti abdul latif) ingin memohon maaf atas semua salah dan silap saya kepada (muhammad aiman mortadza bin mohammad mortadza) yg selama ni saya selalu susahkan dia walaupun dia sedang sakit , sibuk. Tak lupa juga kepada anda semua.

 

Pada mulanya dia cuba mengayat saya , tapi mungkin tak dapat kerana pada masa itu hati saya telahpun tertutup kerana bekas saya sebelum ini yg bernama (syahrul ikmal bin iroly) ,selepas kejadian tu saya bertekad bahawa saya tidak akan anggap serius dengan mana-2 lelaki sekalipun. saya jujur , sebelum ini saya mempermainkan semua lelaki kecuali (syahrul ikmal bin iroly) kerana dia adalah lelaki yg pertama saya pernah sayang. Tapi dia (muhammad aiman mortadza bin mohammad mortadza) tidak berputus asa. Dia cuba dan terus mencuba , hingga lah saya terima dia tanpa sengan silu , tapi tak semudah tu. Saya tetap dengan janji saya , saya tidak akan mengambil serius dalam hubungan ni. Sejak dari saya mengenal diri dia walaupun mengambil masa yg lama saya mula tertarik dengan cara perhatian dia , mengambil berat , jujur , tidak ingkar arahan saya walaupun arahan tu agar keterlaluan. Hingga lah pada suatu ketika ini dia berada di dalam rumah saya bersama dengan saya iaitu pada 17/9/2011 ,saya melihat tepat jauh di dalam matanya , lalu saya terus menitiskan air mata di depan si dia. Setelah itu hati saya telah berubah sedikit demi sedikit ,bukan itu saja malah dia juga telah mengubah sikap buruk saya yg lama. Tapi kesihan dalam masa yg lama saya mengenal diri dia , saya telah membuat kesilapan yg agak besar. Saya sering mempermainkan diri dia. Antaranya curang , tipu ,menyiksa dirinya dan lain-2. sepatutnya saya perlu memberi peluang untuk orang yg tidak bersalah terhadap saya , dan sekarang saya tahu setiap manusia mempunyai hati yg berlainan :). 

 

Hanya untuk dia '  aiman , mimi nak minta maaf sgt-sgt apa yg mimi dah buat kat aiman selama ni , mimi cuma nak aiman tahu yg mimi takkan dapat lepaskan aiman walau apapun. Aiman dah berjaya ubah sikap mimi yg dulu ,trima kasih :'). satu lagi tolong jgn tinggalkan mimi  ' .

 

Semoga kita berkekalan hingga ke akhir hayat. 

aminnn... :')